Tuesday, January 18, 2011

Jet Tanpa Pemandu

Jet tanpa pemandu yang berkeupayaan menembak sasaran yang jauh telah dinamakan sebagai sebuah jet pejuang pada masa hadapan. The Taranis nama salah satu dewa Celtic, iaitu dewa petir adalah nama yang diberi kepada jet pejuang tanpa pemandu ini. Jet pejuang ini telah dilancarkan oleh BAE System di Warton, Lancashire. Harga bagi sebuah jet ini adalah £142.5 juta dan prototaip bagi jet ini adalah bersamaan dengan saiz sebuah pesawat pejuang ringan tetapi mempunyai keupayaan dan dilengkapi dengan teknologi “stealth” yang bakal menjadikan ianya sebuah pesawat yang tidak dapat dikesan.
Pesawat ini dicipta untuk membawa senjata pintar, mampu menjalankan misi pengawasan dan pemantauan di ruang angkasa musuh dengan krew pesawat masih mampu menjalankan tugas ditanah/di kawasan yang selamat dan boleh mengawal pesawat di mana-mana sahaja di setiap pelusuk dunia. Pesawat tanpa pemandu ini juga berkeupayaan untuk dilengkapi dengan bom dan peluru berpandu  dan jika prototaip ini berjaya melepasi ujian, ia juga boleh menjalankan misi untuk jarak jauh dan mampu menyasarkan serangan di antara benua.
Pada masa kini, terdapat juga pesawat tanpa pemandu (UAV) yang telah pun digunapakai dan terdapat di dalam inventori tentera-tentera udara dunia, antaranya Predators dan Reaper yang juga mempunyai keupayaan untuk membawa peluru berpandu tetapi pesawat jenis ini hanya mampu digunakan untuk menjalankan misi di ruang udara yang dikuasai oleh tentera yang memliki UAV tersebut, seperti tentera Amerika yang menguasai ruang Udara Iraq dan Afghanistan
Percubaan untuk menjalankan misi ujian bagi pesawat canggih ini akan dijalankan pada tahun hadapan dan ianya diakui sebagai sebuah projek yang mengkagumkan. Peswat canggih ini telah dibangunkan dengan usahasama antara BAE System, Rolls-Royce, Qinetiq dan GE Aviation. Projek pembangunan bagi pesawat ini telah mengambil masa tiga setengah tahun dan ianya telah menelan masa berjuta-juta jam dan sememangnya boleh dikelaskan sebagai pesawat yang tercanggih dan bakal mendominasi ruang udara kelak.

No comments:

Post a Comment